GNOME-Shell boleh dipasang terus daripada repo Ubuntu 10.04 (memandangkan saya menggunakan Ubuntu 10.04) tetapi versi ini agak ketinggalan kerana ia adalah binaan lama. Binaan terbaharu (bukan keluaran stabil) GNOME-Shell memiliki ciri-ciri berikut:
Menu untuk butang applikasi pada panel

Menu ala Docky bagi menu status

Bahagian-bahagian untuk menu applikasi
Kini dibahagikan kepada tiga, yakni Applikasi (atas), Permainan (tengah), dan Aksesori (bawah).

Cara-cara pemasangan
Untuk mendapatkan ciri-ciri terbaharu ini, kita haruslah membina sendiri gnome-shell menggunakan langkah-langkah yang dinyatakan di [url]http://live.gnome.org/GnomeShell#building[url]. Namun cara ini amat memakan masa dan tidak sesuai jika seseorang cuma ingin mencuba dan mengintai ciri-ciri terbaharu gnome-shell.
Beruntung sekali yang masyarakat GNU/Linux ini penuh dengan orang-orang yang rajin, dan salah seorang daripadanya ialah Rico Tzschichholz. Beliau telah mencipta ppa agar anda dapat mengikuti perkembangan terkini gnome-shell dengan lebih kerap.
Langkah-langkah pemasangan:
- Terlebih dahulu sila buang gnome-shell yang anda dapat daripada repo distro anda, jika sudah terpasang
- Code: Select all
sudo apt-get remove gnome-shell
- Tambahkan ppa Rico pada senarai sumber anda, gunakan arahan berikut:
- Code: Select all
sudo apt-add-repository ppa:ricotz/testing
- Kemas kinikan pakej-pakej anda
- Code: Select all
sudo apt-get update
- Pasang gnome-shell
- Code: Select all
sudo apt-get install gnome-shell
Nota:
- Untuk menjalankan gnome-shell, gunakan arahan `gnome-shell --replace` pada gnome-run atau pada terminal. Cuba terlebih dahulu dengan gnome-run dan jika gagal gunakan terminal.
- Jika anda ingin keluar daripada gnome-shell dan kembali kepada compiz atau metacity, cara yang betul untuk membunuh gnome-shell ialah dengan menekan Alt+F2 (untuk mengeluarkan run dialog) dan menaip `debugexit` padanya dan tekan Enter.


